Nigina lakonan Emilda Rosmila
Sedikit sinopsis drama Nigina
Nigina dan Iskandar mula bercinta semasa melanjutkan pelajaran di Australia. Iskandar berasa dirinya amat bertuah untuk berkawan dengan Nigina, anak kepada Datuk Hambali yang rendah diri. Iskandar mahu mengubah nasib keluarganya yang miskin. Selepas tamat pengajian, Nigina mengesyorkan Iskandar sebagai Pengurus Projek kepada ayahnya di Warisan Sdn Bhd. Iskandar bercita-cita tinggi untuk mengahwini Nigina dan berharap dia akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelak. Dengan itu, Iskandar dapat mengukuhkan lagi kedudukannya di dunia korporat. Kehadiran Iskandar di Warisan Sdn Bhd menarik perhatian Sofea, anak kepada Datuk Suffian, rakan kongsi Warisan Sdn Bhd. Bagaimanakah kesudahan Nigina dengan Iskandar? Mampukah Nigina berjaya dalam dunia korporat yang penuh dengan pancaroba dan tipu muslihat? Drama yang diterajui Rosyam Nor (Iskandar) dan Emelda Rosmila (Nigina) itu turut dibintangi Melissa Mauren (Sofea) dan ramai lagi.
Nigina
Apakah yang membara
Di hati kecilmu
Kiniku terharu sayu
Nigina
Gadis timang dimanja
Membelai rindu
Melagu harapan seribu
Nigina
Ke sini dan ke sana
Kekosongan menyiksa
Robohnya persada bahagia
Potret dan waktu
Mengusik dikalbu
Mencuit sendu
Kau anak semesta
Impikan keindahan berjuta
Oh... oh... malam meratapi
Lembaran tragedi laramu ini
Kian dilamun ilusi
Kian membakar diri
Kau ibarat kuntum bersemi
Menunggu mentari
Memancar fitrah pagi
Agar mimpi sucimu abadi
No comments:
Post a Comment