10 January 2010

Juara AJL24 ialah Aizat!!


gambar ihsan Gua.com.my


AJL24 berlansung dengan gilang-gemilang dengan persembahan yang hebat dari kesemua 14 finalis. Dengan pentas yang dihiasi skrin LED yang cantik. Antara persembahan yang mendapat perhatian ialah Yuna, Hujan, Aizat dan Faizal Tahir. Kesemuanya menggunakan kelebihan skrin besar dengan montaj-montaj video yang sangat unik.

14 finalis yang bersaing dalam AJL24 ialah :
1. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)
2. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
3. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)
4. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
5. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
6. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
7. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
8. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)
9. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)
11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)
12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)
14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)


Keputusan AJL24
Vokal Terbaik : Black; Aku Rindu Sayang Kamu
Persembahan Terbaik : Aizat; Kau dan Aku
Tempat Ke-3 : Faizal Tahir; Bencita
Tempat Ke-2 : Yuna; Dan Sebenarnya
Juara : Aizat; Pergi


JUARA AJL24!

No comments: