Photobucket

05 January 2010

Hujan Bunga di Kuala Lumpur - Ana Raffali

Seorang lagi pendatang baru dalam industri muzik indie Malaysia. Ana Raffali, seorang pemuzik muda yang berkebolehan menulis dan menyanyi lagu ciptaan sendiri. Pendek kata, seangkatan dengan Yunalis Zarai, atau Yuna.

Apa yang unik pada Ana Raffali ialah, beliau sentiasa berpakaian baju kurung atau kebaya setiap kali ketika membuat persembahan. Nampak sopan, dan cun saja..hehe. Apa pun layan dulu lagu dari Ana bertajuk Hujan Bunga di Kuala Lumpur. Kalau tak silap saya, lagu ini ada dalam cerita Papadom!

















Ramalan kaji cuaca kata
aku kan jatuh cinta
tapi tak pula beritahu dengan siapa.
Lalu hari ini ku berlari
mencari-cari
si dia yang bakal
miliki hati ini.

Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.

Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.

Ikut rasa ingin sahaja
aku hampirinya
tapi ku takut apa pula kata semua.
Bukan senang untuk
ku meluangkan masa ini
sekadar peluang mengisi
ruang kosong hati.

Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.

Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.

Lirik/Lagu : Ana Raffali
Artis/Penyanyi : Ana Raffali


No comments: